Sunday, November 7, 2010

Kecewa..

Dalam hidup ini seringkali kita kecewa. Bermacam jenis kecewa yang pernah kita lalui. Kecewa dalam percintaan, kecewa dalam kehidupan, kecewa segala macam jenis kecewa. Malam ini saya kecewa. Kecewa dengan persekitaran yang menyesakkan.

Sudah hampir dua tahun saya mengajar di sekolah itu. Tahun lepas saya betul-betul kurang sihat. 9 bulan mengandungkan Rania bukan perkara yang senang. Mungkin ada yang mengandung tiada masalah. Tapi saya tidak, boleh dikatakan setiap hari saya akan muntah. Lembik. Lesu. Sudah tentu saya tidak dapat mempamerkan prestasi sebenar saya. Dalam hati ini membuak-buak perasaan kurang senang. Saya tahu saya boleh beri lebih lagi tapi badan saya tidak mampu melakukannya. Kalaulah mereka boleh tahu (atau mahu ambil tahu) bagaimana prestasi saya semasa di sekolah lama, sudah tentu mereka akan faham. Tapi mereka tidak mahu faham (ada yang mengatakan mereka faham - tapi saya ragu)

Dalam masa seminggu ini saya kurang sihat lagi. Digagahi jua badan ini melakukan yang termampu. Dipaksa diri ini menyiapkan apa yang diminta walaupun hanya diri ini tahu betapa peritnya setiap saat yang berlalu. Semuanya kerana tugas. Semuanya dengan niat mahu halalkan setiap sen rezeki yang diterima setiap bulan untuk membesarkan anak. Dan yang penting semuanya Lillahitaala. Berapa kali dirasakan badan ini mahu tumbang. Berapa kali dirasakan kepala ini terlalu berat untuk berbuat apa-apa. Tapi masih digagahi juga.

Malam semalam akhirnya saya tumbang juga. Dalam kepenatan yang mencengkam, dalam kesakitan yang amat sangat, saya terjatuh dalam longkang. Untuk lindungi Rania, badan ini yang sakit-sakit. Kaki ini yang terseliuh. Kaki ini berdarah. Ditahan kesakitan yang amat sangat sepanjang 15 minit perjalanan. Mengalir juga air mata menahan kesakitan.

Pagi ini kepala makin berpusing. Hati ini memberontak ini ke sekolah menjalankan tugas. Kesian rakan sekumpulan sekiranya saya tidak hadir. Namun saya betul-betul tidak mampu. Kaki sudah semakin berkurangan sakitnya jadi saya ke klinik. Bercerita kepada tuan doktor masalah saya. Diambilnya tekanan darah dan kadar denyutan jantung. Terasa ada sesuatu yang tidak kena kerana doktor mengambil masa yang lama mencari kadar denyutan jantung. Muka tuan doktor semakin berkerut. Akhirnya dikhabarkan satu berita yang kurang baik. Kadar denyutan jantung saya terlalu laju. Tidak sekata dan ada disesetengah tempat kurang kedengaran. Aduh. Terus ditulis surat rujukan, diminta ke hospital segera. Tapi rasanya tidak mampu terus ke hospital. Siapa yang akan menemani Rania. Makan minumnya. Banyak yang perlu diuruskan.

Dalam menahan kesakitan ini, hati ini terluka. Bukan diminta jadi begini. Bukan dipinta untuk rasa begini. Semuanya ketentuanNya. Namun ada yang meragui, ada yang mempersoalkan, ada yang memperkatakan. Aduhai hati.. kuatlah hati.. tabahlah hati. Mereka tak mampu mengerti. Semoga mereka diberi petunjuk. Tapi hati ini tetap KECEWA.

4 comments:

Ija Zambry said...

beb, jantung laju tu mcm thyroid je. tangan ko menggigil tanpa sebab tak? if yes, better do thyroid blood test.

the dietitian said...

be strong tecer..:)

Unknown said...

Mrs semtz: dah buat test but belum dapat result..

little girl: there are times that we just need to let go.. be weak.. tired of being strong sometimes..

yasmin mat nazri said...

Ya Allah...sayu sungguh baca post along nih...hari ni baru ada kesempatan nak godek2...mustahil tak kecewa kalau kita dinilai dan diragui seolah2 kita sengaja nak smua ni berlaku kan... takpe along..min tau along orgnya camne(walaupun tak tau along kat sek lama camne) tp tau yg along ni bukan jenis lepas tangan n nak pandang ringan... dan yg terpenting along, ALLAH tau apa yg tersirat dan tersurat.. nilaianNya lebih penting dr segala2nya.. Moga ALLAH uji along sebegini disertakan juga kekuatan utk tempuh dan hikmah yg berlipat kali ganda atas keredhaan dan ketabahan along tu...